Smkap Alumni Association


Tujuan organisasi ini ditubuhkan adalah untuk mengelakan perhubung terputus. -membantu menjalinkan persahabatan dan komunikasi di antara ahli dengan ahli dan ahli dengan warga  smkap.

-menjadi saluran rasmi mewakili Alumni  bagi mendapatkan perkembangan berkenaan

-mengadakan program untuk kemajuan kelab.

-membantu smkap, bakal Alumni dan alumni dalam bimbingan kerjaya dan saluran bagi menjalin pertalian dengan ahli.
SMK Ayer Puteh, Kemaman ialah sebuah sekolah luar bandar yang terletak di Jalan Air Putih Kemaman, Terengganu . Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1982.


Bilangan pelajar sebanyak SMKAP pada awal penubuhannya adalah sedikit sahaja. Kini mencecah 1116 orang pelajar. sekolah yang cemerlang dari segi akademik dan ko-kurikulum. Ini bersandar kepada komitmen semua guru sekolah ini yang penuh dedikasi dan kooperatif.

Sebelum ini PIBG memainkan peranan penting kepada perkembangan kecemerlanagn SMKAP. Persatuan ini hanya melibatkan 3 pihak sahaja iaitu pelajar, guru dan ibu bapa/penjaga sahaja. Bekas pelajar juga sebenarnya boleh memberikan sumbangan yang besar dari pelbagai bentuk. Seperti idea, pengalaman, kepakaran dan kewangan.

Ramai bekas pelajar SMKAPtelah berjaya menjawat jawatan yang hebat dan penting. Ada yang menceburi bidang perniagaan dan ada juga yang terlibat dalam bidang professional. Jika segala pengalaman ini dicurahkan dan dikongsi bersama untuk kemajuan pelajar SMKAP, pasti akan membuahkan hasil yang baik.

Kepada semua bekas pelajar SMKAP, dipersilakan untuk mendaftar sebagai ahli kelab alumni SMKAP
abcs